Solari tabik pemain

Iklan
Pertahanan Pulau Pinang cuba mengekang pergerakan pemain ganti an JDT, Akhyar Rashid (tengah), pada aksi suku akhir Piala FA 2023 di Stadium Sultan Ibrahim pada Ahad.

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari memberikan kredit kepada barisan pemain yang disifatkannya telah beraksi mantap ketika berdepan Penang FC pada aksi suku akhir Piala FA 2023 di Stadium Sultan Ibrahim, pada Ahad.

Menurut Solari, biarpun ada antara mereka (pemain), yang telah lama tidak beraksi akibat kecederaan, namun kesemuanya telah memberikan yang terbaik di sepanjang perlawanan hingga menyaksikan skuad Harimau Selatan itu menang 5-0.

Iklan
Iklan

"Kita telah mengharungi perlawanan yang sukar hari ini (Ahad), tambahan pula kita memberikan minit (permainan) kepada pemain-pemain yang mahu beraksi seperti mana yang mereka tunjukkan dalam sesi latihan.

"Apa pun, saya akui di peringkat awal permainan, pasukan kita berdepan tentangan sengit lawan, tetapi setelah kita mendapat jaringan pertama, permainan kita juga mula berubah.

Iklan

"Ini dapat dilihat pada separuh masa kedua apabila kita banyak mencipta peluang dan ini ternyata bukan sesuatu yang mudah bagi pemain-pemain yang kita turunkan kali ini, tahniah kepada mereka,” katanya.

Untuk rekod, JDT menang 5-0 hasil jaringan sendiri pemain import Penang FC, Ousmane Fane pada minit ke-32, diikuti Jordi Amat (min-38), Arif Aiman Hanapi (min-49), Corbin Ong (min-58) dan Syafiq Ahmad (min-90 ).

Iklan

Mengulas mengenai aksi separuh akhir, Solari menegaskan skuad kendaliannya itu telah bersedia secukupnya untuk beraksi berdepan skuad Red Giant itu.

Malah, Solari turut menjangkakan tentangan sengit daripada pihak lawan di sepanjang perlawanan kelak.

"Sudah pasti perlawanan ini lebih sukar buat kita...tapi dalam masa sama, ia memberikan peluang untuk pasukan kita mempamerkan aksi bola sepak yang terbaik nanti.

"Apa pun, fokus kita adalah untuk berdepan Penang FC sekali lagi bagi saingan Liga Super hujung minggu ini dan kita akan beraksi di gelanggang lawan,” katanya.


Pertahanan Pulau Pinang cuba mengekang pergerakan pemain ganti an JDT, Akhyar Rashid (tengah), pada aksi suku akhir Piala FA 2023 di Stadium Sultan Ibrahim pada Ahad.

Penang FC dapat pengajaran berguna di Iskandar Puteri

"PENGALAMAN dalam proses mematangkan permainan lebih penting berbanding jumlah bolos ketika berdepan kelab berkualiti seperti Johor Darul Ta'zim (JDT),"

Itu reaksi penolong jurulatih Penang FC, Manzoor Azwira Abd Wahid selepas skuad Harimau Kumbang tersebut tewas 0-5 pada aksi suku akhir Piala FA 2023 kepada Harimau Selatan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Ahad.

"JDT sebuah pasukan yang hebat di semua posisi dalam kalangan kelab yang Penang FC telah berdepan musim ini.

"Kualiti yang dimiliki JDT menuntut pasukan yang berdepan kelab itu untuk lebih melakukan persediaan awal.

"Bercakap mengenai kelemahan, banyak perkara yang perlu diperbaiki lagi Penang bagi memantapkan persediaan pasukan mengharungi baki saingan," katanya sejurus tamat perlawanan pada Ahad.

Pada aksi suku akhir Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim itu, JDT membuka jaringan hasil gol sendiri pertahanan import Harimau Kumbang, Ousmane Fane pada minit ke-32.

Empat gol lagi dijanakan menerusi Jordi Amat (min-38), Arif Aiman Mohd Hanapi (min-49), Corbin-Ong (mkn-58) dan pemain gantian Syafiq Ahmad meledak gol ke lima pada masa kecederaan bagi mengesahkan kemaraan juara bertahan itu untuk Selangor FC di separuh akhir.

"Jika hendak bandingkan JDT dengan Penang FC, adalah tidak adil, namun yang lebih baik kita positif adalah pasukan mendapat pengalaman dari perlawanan ini untuk aksi seterusnya.

"Sebenarnya kualiti, teknikal dan taktikal dimiliki JDT berbeza dengan pasukan lain baik untuk Liga Malaysia.

"Dan sesuatu yang baik dan positif untuk dicontohi pasukan lain dalam Liga Malaysia," tambah Manzoor Azwira lagi.

"Sebenarnya sebelum perlawanan saya sudah maklumkan kepada para pemain Penang yang kita tidak rugi apa-apa pun dari perlawanan hari ini.

"Walaupun kita tidak layak ke separuh akhir namun para pemain mendapat sesuatu pengajaran seterusnya mematangkan permainan pasukan," katanya.