FRANK Lampard mengakui kecewa dengan prestasi pemain bintang Chelsea yang telah menurun sekali gus memberikan kesan kepada kelab tersebut.
Lampard mengharungi perlawanan terakhir sebagai pengendali sementara Chelsea dalam perlawanan yang menyaksikan The Blues diikat 1-1 dengan Newcastle United.
Memegang status sebagai penjaring gol terbanyak Chelsea, Lampard akan sentiasa dipandang tinggi oleh peminat kelab itu.
Bagaimanapun, Lampard percaya Mauricio Pochettino yang akan mengambil alih kelab itu nanti berdepan tugas berat untuk membentuk kembali Chelsea.
Mereka juga mencatat pungutan mata terendah dan gol yang dijaringkan dalam era Liga Perdana.
Hanya dua tahun selepas Thomas Tuchel membawa mereka menjuarai Liga Juara-Juara, Chelsea berada dalam krisis.
"Standard secara kolektif sudah menurun. Saya boleh jujur mengenainya sekarang kerana ia adalah perlawanan terakhir saya, saya mungkin tidak melihat sebahagian daripada mereka lagi," kata Lampard.
"Standard untuk kelab seperti Chelsea perlu berada pada tahap maksimum atau anda tidak akan cukup kompetitif dari segi fizikal atau anda tidak akan dapat bermain pada tahap yang tinggi.
"Jika anda tidak bersama di bilik persalinan, dan anda tidak lantang di bilik persalinan membantu antara satu sama lain serta berdaya saing kerana saya mahukan tempat anda dan anda mahukan tempat saya. Mana-mana pasukan pun akan berada dalam keadaan sukar," katanya.