DAR ES SALAAM - Sekurang-kurangnya seorang peminat bola sepak maut pada Ahad dan 30 yang lain cedera dalam insiden rempuhan di Stadium Benjamin Mkapa di Dar es Salaam, Tanzania.
Rempuhan itu berlaku apabila peminat bola sepak berasak-asak untuk masuk ke dalam stadium bagi menyaksikan perlawanan akhir pusingan pertama Piala Konfederasi CAF antara Tanzania dan Algeria, lapor Xinhua.
Menteri Kesihatan Ummy Mwalimu mengesahkan seorang maut dan berpuluh-puluh yang lain cedera.
Pasukan belia Algeria memenangi perlawanan itu dengan jaringan 2-1 dan pusingan akhir kedua akan diadakan di Algiers. - Bernama-Xinhua