Pekerja kilang mengaku tidak bersalah miliki 128 gambar lucah

Iklan
Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Sungai Petani pada Isnin atas pertuduhan memiliki 128 gambar lucah dalam telefon bimbit. - Gambar hiasan

SUNGAI PETANI - Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas pertuduhan memiliki 128 gambar lucah dalam telefon bimbit.

Mengikut pertuduhan, Saiful Anuar Ab Rani, 27, didakwa memiliki gambar lucah berkenaan dalam telefon bimbit jenama Samsung model Galaxy A20, di alamat No.1949, Bandar Puteri Jaya, di sini kira-kira pukul 3 petang pada 1 April 2021.

Iklan
Iklan

Sehubungan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Majistret Khairatul Animah Jelani kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Jun ini sebagai sebutan semula kes bagi serahan dokumen berkaitan serta lantikan peguam.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Nazrul Nizam Mohd Zameri. - Bernama

Iklan