Pas Perlis adakan solat sunat jenazah ghaib malam ini

Iklan
Kuliah terakhir Abu Hassan di Surau An-Nur Fasa 3A Bandar Seremban Selatan, semalam.

KANGAR - Pas Perlis akan mengadakan solat sunat jenazah untuk Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz malam ini.

Perkara itu dinyatakan Pesuruhjaya Pas Perlis, Mohd Shukri Ramli.

Iklan
Iklan

Menurutnya, negara kehilangan seorang tokoh ilmuan Islam selepas Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 7.30 pagi tadi.

"Pemergian ini juga turut dirasai rakyat Perlis kerana Allahyarham banyak menyumbang buah fikiran untuk Islam di negeri ini seperti mana yang dilakukan bekas almarhum abangnya Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Dr Haron Din dan juga tokoh-tokoh ulama yang seangkatan dengannya.

Iklan

"Ilmu yang dimiliki oleh Allahyarham diakui sering dikongsi bersama dan kehilangan anak jati Perlis itu pastinya akan dirindui oleh seluruh lapisan umat Islam di Malaysia," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Mohd Shukri Ramli

Mohd Shukri yang juga ADUN Sanglang berkata, Allahyarham merupakan ulama hebat.

Iklan

"Beliau adalah ulama yang mudah dirujuk dan masyarakat mudah faham dengan setiap penerangannya tentang agama Islam.

"Dengan personaliti mudah didekati, almarhum bersikap neutral dengan semua pihak," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Seri Abu Hassan Din meninggal dunia

Bekas Penasihat Agama Istana Negara ini menghembuskan nafas terakhir selepas rebah ketika mahu menunaikan solat Subuh awal pagi tadi.

Anak Allahyarham, Mohd Yusri mengesahkan perkara tersebut menerusi hantaran dalam aplikasi WhatsApp.