LRT KL Sentral kini dikenali 'LRT KL Sentral- redONE'

Iklan
Stesen LRT KL Sentral kini dikenali sebagai 'LRT KL Sentral- redONE'. - FOTO SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID

KUALA LUMPUR - Operator Rangkaian Maya Mudah (MVNO) pertama, redONE, Network Sdn Bhd mengadakan kerjasama strategik selama lima tahun bersama Prasarana Integrated Development Sdn Bhd.

Perkongsian melibatkan hak perjanjian Hak Penamaan Stesen antara redONE dan Prasarana adalah untuk meningkatkan kehadiran jenamanya kepada pengguna di Lembah Klang.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif redONE, Farid Yunus berkata, kerjasama ini membolehkan redONE mempamerkan jenamanya kepada orang ramai disamping membantu meningkatkan kesedaran dikalangan pengguna pengangkutan awam.

"Perkongsian ini membolehkan kami memajukan jenama kami dengan lebih baik selain menyokong penggunaan pengangkutan awam.

Iklan

"Kami menyokong penggunaan pengangkutan awam bagi mengurangkan kos sara hidup pengguna dan sebab itu juga kmai menyediakan plan pasca bayar serendah RM8 sebulan,” katanya pada Majlis Pengumuman Penjenamaan Semula Stesen Transit Aliran Ringan (LRT), KL Sentral di sini pada Isnin.

Farid berkata, stesen LRT KL Sentral kini dikenali sebagai 'LRT KL Sentral- redONE'.

Iklan
Farid dan Fa'izah pada simbolik pelancaran kerjasama strategik antara redONE dan Prasarana. - FOTO SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID

Turut hadir Pengerusi Pengerusi redONE Network Sdn Bhd, Tan Sri Goh Tian Chuan; Pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Tan Sri Jamaludin Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Integrated Development Sdn Bhd (PRIDE), Fa’izah Khairuddin.

Sementara itu Fa’izah berkata, kerjasama dengan redONE menekankan keupayaan syarikat dalam menyediakan golongan sasar dalam menjayakan kempen lebih inovatif menerusi perkongsian jangka masa panjang.

"Gabungan redONE dan Prasarana akan mampu meningkatkan pengalaman berjuta-juta pelanggan menerusi penglibatatn MVNO terbesar di Asean ini.

"Malah kita juga yakin ianya mampu membentuk landskap masa depan pengangkutan wam yang lebih efisen di Lembah Klang,” ujarnya.

Goh Tian Chuan (dua dari kiri),Jamaludin Fa'izah dan Farid pada Majlis Pengumuman Penjenamaan Semula Stesen Transit Aliran Ringan (LRT), KL Sentral di sini pada Isnin. - FOTO SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID

Pada tahun 2022,redONE memperkenalkan kempen redRIDER kerjasama dengan Rapid KL untuk mengalakkan pengangkutan awam.

Menerusi kempen berterusan penumpang berpeluang memenangi telefon pintar percuma dan barangan eksklusif redONE setiap bulan.

Penumpang bertuah menaiki MRT Rapid KL, LRT atau monorel dengan token keretapi redONE istimewa hanya perlu mengimbas kod QR pada token untuk memenangi hadiah menarik.