Kualiti kewartawanan negara amat baik

Iklan
Jalaluddin

SEREMBAN - Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias menyifatkan kualiti kewartawanan negara hari ini amat baik.

Menurutnya, ia suatu perkembangan yang membanggakan dan ia jelas ditunjukkan dengan kedudukan Malaysia pada tangga ke-73 dalam indeks World Press Freedom 2023 yang dikeluarkan pertubuhan Reporters Without Borders baru-baru ini.

Iklan
Iklan

"Ia bukan sahaja mewajahkan dunia kewartawanan yang ikhlas, bersih, tepat dan berani buat bidang media di Malaysia, malah kita semua selaku penduduk negara ini dan pengguna bahan-bahan media amat bangga dengan kedudukan tersebut.

Ujarnya, tanpa fungsi dan kewujudan para pengamal media ini, laporan dan informasi yang terkini dan sahih tidak dapat diberikan kepada rakyat yang memerlukan berita penuh komprehensif.

Iklan

"Saya ucap terima kasih buat para wira yang tidak didendang ini yang kadangkala berdepan dengan risiko yang tinggi.

"Terima kasih kepada semua rakan-rakan wartawan dan pengamal media yang banyak membantu saya secara dekat dan jauh selama ini.

Iklan

" Pada kesempatan yang ada, saya ucapkan Selamat Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2023,"katanya.