Kemenangan Erdogan dapat liputan meluas media Amerika

Iklan
Kejayaan Erdogan mendapat liputan meluas media Amerika. - Foto AFP

WASHINGTON - Pilihan raya penentu bagi memilih presiden Turkiye yang diadakan pada Ahad dan kejayaan Recep Tayyip Erdogan mempertahankan kedudukannya menerima liputan meluas media di Amerika.

CNN membuat liputan menyeluruh sepanjang pilihan raya termasuk sambutan meriah yang berlangsung sehingga larut malam di Ankara selepas Erdogan diisytiharkan sebagai pemenang, lapor Agensi Anadolu.

Iklan
Iklan

The New York Times, turut menyediakan ruangan khas di laman sesawangnya untuk berita dan kemas kini mengenai pilihan raya itu.

Erdogan dipilih semula sebagai presiden Turkiye selepas mengatasi pencabarnya Kemal Kilicdaroglu.

Iklan

Menurut keputusan tidak rasmi, Erdogan memperoleh 52.14 peratus undi manakala Kilicdaroglu mendapat 47.86 peratus undian.

The Wall Street Journal (WSJ) pula melaporkan artikel bertajuk:"Pemimpin paling lama berkhidmat di negara itu menewaskan pencabar utamanya dalam pilihan raya penentu."

Iklan

Artikel itu turut memuatkan kenyataan bekas duta Amerika Syarikat (AS) ke Turkiye, James Jeffrey, yang menyifatkan Erdogan"tenang berdepan tekanan" dan"tahu apa yang dilakukannya...”.

The Washington Post melaporkan:”penyandang presiden terselamat daripada dicabar oleh calon yang disokong gerakan pembangkang bersatu."

Akhbar Politico pula mengeluarkan berita bertajuk"Erdogan Turki Menang Lagi."

"Erdogan berada dalam kedudukan yang kuat untuk mempengaruhi bukan sahaja hala tuju masa depan demokrasi di negara yang dihuni 85 juta penduduk itu malah membentuk politik di rantau ini dan selainnya,” lapor Politico. - Bernama-Anadolu