PASUKAN bola sepak bawah 23 tahun (B-23) negara berdepan ujian awal bertemu pemenang pingat emas Sukan SEA 2023, Indonesia dalam kumpulan B kejuaraan B-23 AFF 2023 yang akan berlangsung di Thailand, Ogos depan.
Ia sekali gus menyaksikan skuad Harimau Muda bertemu Indonesia buat kali ketiga berturut-turut selepas diundi dalam kumpulan sama pada 2019 dan 2022.
Iklan
Iklan
Selain Indonesia, skuad kendalian E Elavarasan itu juga diundi bertemu Timor Leste dengan juara kumpulan dan pasukan kedua terbaik akan mara ke peringkat separuh akhir.
Skuad negara dijadualkan bertemu Indonesia pada 18 Ogos sebelum menentang Timor Leste pada 22 Ogos.
Dalam pada itu, juara bertahan, Vietnam diundi dalam kumpulan C bersama Vietnam, Filipina dan Laos manakala Kumpulan A dihuni tuan rumah Thailand, Kemboja, Brunei dan Myanmar.
Sebelum ini, Malaysia tersingkir di peringkat kumpulan pada edisi 2022 di Kemboja selepas tewas dua kali kepada Laos dengan hanya dua pasukan bertanding memandangkan Myanmar dan Indonesia menarik diri.
Artikel Berkaitan