Kerajaan sedang pinda undang-undang perburuhan

Iklan
Tun Dr Mahathir Mohamad. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Kerajaan sedang dalam proses meminda beberapa undang-undang perburuhan bagi memastikan pekerja mengetahui hak mereka selaras dengan sasaran peningkatan satu juta keanggotaan pekerja dalam kesatuan sekerja menjelang 2020.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pindaan yang sedang dibuat Kementerian Sumber Manusia itu antaranya melibatkan Akta Kesatuan Sekerja 1959, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kerja 1955.

Iklan
Iklan

Katanya kerajaan sedar betapa pentingnya usaha-usaha penambahbaikan undang-undang perburuhan dan proses guna tenaga di negara ini bagi mewujudkan mekanisma terbaik dalam menyelesaikan pertikaian majikan-pekerja dalam keadaan yang harmoni.

"Secara umum undang-undang perburuhan yang dalam proses pindaan meliputi standard minimum pekerjaan, kesatuan sekerja, perhubungan perusahaan, keselamatan dan kesihatan pekerjaan," katanya pada Majlis Sambutan Hari Pekerja Tahun 2019, yang bertemakan"Pekerja Amanah, Aspirasi Negara” di sini hari ini.

Iklan

Dr Mahathir berkata pindaan tersebut dibuat bertujuan untuk menambah baik kebajikan dan perlindungan sosial pekerja tanpa menafikan peranan dan sumbangan para majikan dalam pembangunan negara.

Kementerian Sumber Manusia juga telah meminda Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 pada tahun 2017 dan Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 pada 2018, katanya. - Bernama

Iklan