Mural aksi bomba

Iklan
JASAMU DIKENANG... Kepayahan dan kegigihan anggota pasukan bomba dan penyelamat menjalankan tugas digambarkan pada mural sepanjang 100 meter yang menjadi antara produk seni terbaharu di Pulau Pinang.

Mural yang dilukis di dinding bangunan balai bomba berusia 115 tahun dan tertua di negara ini terletak di lorang belakang Lebuh Pantai, yang juga kawasan tapak warisan UNESCO.

Lukisan yang menjadi tumpuan dan tarikan pelancong itu ditaja Learning Kingdom Education.