Anak pengasas Dnars dapat hak jagaan sementara adik bongsu

Iklan
Qaseh Khadija memakai jubah berwarna hitam dipeluk ahli keluarga di Mahkamah Syariah Kota Bharu pada Isnin.

KOTA BHARU - Anak perempuan pengasas kosmetik Dnars Skincare berjaya memperoleh hak penjagaan sementara ke atas adik bongsunya di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Isnin.

Keputusan dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Zaini Sulaiman selepas Qaseh Khadija Ahmad Shah Rizal, 10, memilih untuk tinggal bersama plaintif-plaintif iaitu kakaknya, Irdiena Hakim Jasman, 20, nenek, Khatijah Mirdin, 71, dan ibu saudara, Faradilla Rohban Ahmad, 36.

Iklan
Iklan

Mahkamah sebelum itu bertanyakan Qaseh Khadija sama ada dia memilih untuk tinggal bersama siapa dalam prosiding yang dijalankan di kamar hakim.

Dalam keputusan itu, defendan iaitu bapa kandung kanak-kanak itu, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 46, mendapat akses dan lawatan ke atas anak tersebut.

Iklan

Pada Mac lalu, plaintif-plaintif memfailkan tuntutan hadhanah melalui Tetuan Shaharuddin Hidayu & Marwaliz bagi mendapatkan hak lawatan, bermesra dan bermalam.

Ahli keluarga yang hadir di Mahkamah Syariah Kota Bharu.

Mereka diwakili peguam syarie Naimah Saupi dan Shaharuddin Mohamed manakala defendan diwakili peguam syarie Mohd Zaki Zainal Abidin.

Iklan

Naimah berkata, berdasarkan permohonan lepas, pihaknya memohon kepada mahkamah untuk perintahkan defendan membawa anak tersebut untuk ditanya berhubung perkara tempat tinggal itu.

"Keputusan agak mengejutkan apabila Qaseh Khadija membuat pilihan untuk berada bersama plaintif-plaintif.

"Dia pilih kekal di rumah yang menjadi tempatnya membesar sejak kecil dan sudah sebati dengan jiwanya. Jadi, itu pilihan dia dan semua pihak kena hormati,” katanya.