KKD disaran ambil tindakan terhadap Telegram

Iklan
Pengurusan Telegram didakwa gagal memberi kerjasama kepada kerajaan berbanding platform media sosial yang lain. - Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) disaran mengambil tindakan segera terhadap penyedia Telegram berikutan pelbagai isu yang terkait dengan aplikasi tersebut termasuklah penipuan dalam talian.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan itu adalah wajar dilakukan kerana ia merosakkan masyarakat.

Iklan
Iklan

"Apabila penyedia tidak mahu bekerjasama dengan kementerian atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), saya rasakan bahawa langkah susulan mesti dilakukan kerana negara kita ada sistem," katanya menerusi sidang akhbar pelancaran Jerayawara Advokasi Antigangguan Seksual di sini pada Isnin.

Beliau berkata, biarpun penggunaan Telegram tidak sebanyak aplikasi lain, namun bahan kandungan yang salah boleh memberi kesan kepada rakyat di negara ini.

Iklan

"Saya bersetuju dengan langkah yang dilakukan KKD dan pendirian Menteri, Fahmi Fadzil mesti didokong oleh semua pihak," katanya.

Ahmad Zahid ketika merasmikan Majlis Pelancaran Jerayawara Advokasi Anti Gangguan Seksual di sebuah hotel pada Isnin. - Foto Bernama

Sebelum ini, Fahmi mendedahkan Telegram masih gagal untuk bertemu dan bekerjasama dengan pihak berkuasa negara walaupun sudah beberapa kali dipanggil oleh KKD pada tahun ini.

Iklan

Katanya, pengurusan Telegram didakwa gagal memberi kerjasama kepada kerajaan berbanding platform media sosial yang lain.

Menurut Fahmi, pihak Telegram dipanggil kerana kementerian telah menerima banyak aduan berhubung salah guna platform tersebut termasuk melibatkan penipuan dalam talian.

Terbaharu, ia berkaitan dengan penjualan 'point' untuk doktor menerusi platform berkenaan.