Salahuddin akui pikul tugas berat, setiap hari berdepan emosi rakyat

Iklan
Salahuddin menjadi tetamu program Townhall Rakyat yang dihoskan Azhar di Auditorium Kompleks Kumpulan Karangkraf. - Foto Sinar Harian/ASRIL ASWANDI SHUKOR

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub mengakui tanggungjawabnya dalam menerajui kementerian itu sangat berat dan mencabar.

Beliau berkata, hampir setiap hari dirinya terpaksa berdepan dengan emosi rakyat yang dibebani pelbagai isu terutamanya melibatkan kos sara hidup.

Iklan
Iklan

"Saya akui kementerian ini (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos sara Hidup) paling sukar kerana setiap detik dan waktu berhadapan dengan emosi rakyat, tentang harga (barang) dan sebagainya.

"Apabila melibatkan perasaan manusia, itulah cabaran besarnya tetapi Alhamdulillah sudah masuk ke bulan ketujuh ini (ia semakin mudah) kerana keyakinan saya kepada ALLAH dan hasrat kita untuk bantu rakyat," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika Program Town Hall Rakyat yang berlangsung di Kompleks Media Karangkraf pada Isnin.

Salahuddin menjadi tetamu keempat dalam program yang dihoskan Azhar Sulaiman.

Iklan

Sesi Town Hall Rakyat sebelum ini telah menampilkan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook; dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, kementeriannya akan terus memfokuskan kepada usaha untuk mengurangkan beban kos sara hidup yang ditanggung rakyat terutamanya golongan miskin tegar.

Usaha itu katanya, bagi memastikan tidak ada rakyat yang akan kelaparan disebabkan tiada makanan di rumah untuk dihidangkan kepada keluarga masing-masing.

"Setakat kira-kira enam bulan menerajui kementerian ini saya tidak boleh mengatakan kami telah buat yang terbaik, namun usaha-usaha yang dilakukan seperti memperkenalkan Menu Rahmah sampai kepada rakyat," ujarnya.