'Beri saya senarai barang kawalan apa naik harga' - Salahuddin

Iklan
Salahuddin pada program Town Hall Rakyat yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Isnin. - Foto Sinar Harian/ASRIL ASWANDI SHUKOR

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub menegaskan tidak berlaku sebarang kenaikan harga bagi barang kawalan di negara ini.

Jelasnya, kesemua 14 harga barang kawalan yang telah ditetapkan di dalam jadual kerajaan tidak pernah naik.

Iklan
Iklan

"Ada dakwaan mengatakan harga barang-barang asas ini naik tanpa kawalan. Bagi saya nota apa dia barang-barang kawalan yang naik. Bagi saya nota itu.

"Sebenarnya barang-barang kawalan yang kerajaan kawal sepenuhnya tetap tidak naik, contohnya 14 barang kawalan yang kita telah tetapkan dalam jadual, ada yang bersubsdi, ada yang tidak.

Iklan

"Sebagai contoh gula biasa yang bertapis. Gula kasar harganya RM2.85 sekilo, halus RM2.95 sen sekilo. Tidak pernah naik, jadi mana hujah mengatakan harga barang naik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika Program Town Hall Rakyat yang berlangsung di Kompleks Media Karangkraf, pada Isnin.

Iklan

Salahuddin menjadi tetamu keempat dalam program yang dihoskan Azhar Sulaiman.

Sesi Town Hall Rakyat sebelum ini telah menampilkan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook; dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Bagaimanapun, jelasnya, berlaku harga barang yang tidak stabil melibatkan beberapa barang keperluan rakyat antaranya sayur-sayuran.

"Kita tidak nafikan ada barang-barang keperluan rakyat adakalanya berlaku turun dan naik seperti sayur tertentu disebabkan keadaan cuaca," ujarnya.