KPDN sedia timbang wujud Menu Rahmah di IPTS

Iklan
Program Townhall Rakyat bersama Salahuddin di Auditorium Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Isnin. - Foto Sinar Harian/ASRIL ASWANDI SHUKOR

SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedia mempertimbangkan cadangan supaya diwujudkan Menu Rahmah di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, sememangnya menjadi hasrat kerajaan untuk membantu seramai mungkin rakyat yang terbeban dengan kos sara hidup.

Iklan
Iklan

"Insya-ALLAH beri saya masa adakan libat urus (dengan pihak berkaitan) untuk wujudkan Menu Rahmah (di IPTS)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika Program Town Hall Rakyat yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Isnin.

Iklan

Salahuddin menjadi tetamu keempat dalam program yang dihoskan Azhar Sulaiman.

Sesi Town Hall Rakyat sebelum ini telah menampilkan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Iklan

AKAN MENYUSUL