Habis ratusan ringgit demi buku

Iklan
Jamalludin bersama isteri, Rohani membeli al-Quran di reruai Grup Buku Karangkraf di PBAKL.

KUALA LUMPUR - Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) kali ke-40 membuktikan bahawa pencinta buku sanggup berhabis ratusan ringgit semata-mata mahu memiliki bacaan yang diingini.

Seorang pesara kerajaan, Jamalludin Md Jalil, 61, berkata, dia teruja untuk menyertai PBAKL kali ini kerana mahu mengumpul buku baharu yang tidak dapat dibeli pada pesta buku terdahulu.

Iklan
Iklan

"Untuk PBAKL kali ini, saya memperuntukkan wang sebanyak RM500 untuk membeli bahan bacaan seperti buku ilmiah, al-Quran dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Isnin.

Tambah Jamalludin lagi, dia sememangnya peminat karya Karangkraf kerana kebanyakan naskhah yang dikeluarkan berkualiti, harga mampu milik dan menarik.

Iklan

Sementara itu, pesara guru, Rohani Aziz, 59 berkata, dia hadir ke PBAKL untuk menambah koleksi perpustakaan mini di rumahnya.

Menurut wanita yang berasal dari Nilai, Negeri Sembilan itu, dia mula mengumpul bahan bacaan sejak tahun 1980.

Iklan

"Saya dan suami suka membaca jadi kami memanfaatkan wang dan masa yang terluang dengan menghadiri jualan buku secara besar-besaran ini.

Nurin Amalia (kanan) bersama rakan, Nurfarisha Adiba membeli buku sehingga RM150.

Pelajar UiTM Dengkil, Selangor, Nurin Amalia Batrisyia, 19, pula berkata, PBAKL merupakan peluang terbaik untuk anak muda membeli dan memupuk kecintaan terhadap buku.

Jelas pelajar jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) itu, dia tidak kisah berhabis ratusan ringgit untuk membeli buku daripada melanggan bacaan elektronik.