Bekas Presiden, menteri El Salvador dihukum penjara

Iklan
Gambar hiasan

HAKIM di El Salvador menjatuhkan hukuman penjara selama 18 tahun kepada bekas Menteri Keselamatan, Jeneral David Munguía Payes atas penglibatannya dalam rundingan dengan kumpulan samseng semasa di bawah pentadbiran bekas Presiden Mauricio Funes.

Dalam masa yang sama bekas Presiden Funes, dijatuhi hukuman penjara selama 14 tahun kerana penglibatan dalam perkara yang sama.

Iklan
Iklan

Pendakwa Raya menuduh Funes melakukan kerjasama dengan kumpulan samseng dan gagal melaksanakan tugasnya untuk mencapai gencatan senjata yang dirundingkan pada tahun 2012.

Funes secara tegas menafikan terlibat dalam rundingan dengan kumpulan tersebut atau memberikan sebarang keistimewaan kepada ketua mereka.

Iklan

Perbicaraan bekas menteri itu berlangsung sejak April, yang pada ketika itu Funes tinggal di Nicaragua.

Pendakwa Raya menggunakan undang-undang baharu yang membenarkan perbicaraan dilakukan tanpa kehadiran tertuduh.

Iklan

Rundingan dengan kumpulan samseng tersebut bertujuan untuk menurunkan kadar pembunuhan yang dilakukan oleh kumpulan jalanan yang berkuasa di El Salvador.

Sebagai pertukaran, pemimpin kumpulan tersebut yang dipenjarakan diharapkan mendapat faedah tertentu. - Awani