KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Pesta Kaamatan kepada semua yang meraikan perayaan itu di Sabah.
Istana Negara menerusi hantaran di Facebook rasmi memaklumkan Seri Paduka berdua menzahirkan harapan agar perayaan yang bermakna kepada masyarakat Kadazandusun itu akan terus menyemarakkan keharmonian antara kaum dan memperkukuhkan perpaduan di Malaysia.