Agong ucap tahniah kepada Erdogan

Iklan
Foto - Facebook Istana Negara

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan setinggi-tinggi tahniah kepada Recep Tayyip Erdogan atas pemilihan semula sebagai Presiden Turkiye.

Menurut catatan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka menzahirkan harapan agar Malaysia dan Turkiye dapat terus bekerja rapat bagi membawa kemajuan dan kemakmuran untuk kedua-dua negara dan rakyatnya.

Iklan
Iklan

Al-Sultan Abdullah juga berkenan mengutus warkah ucapan tahniah secara peribadi kepada Erdogan.

Erdogan pada Ahad memenangi pilihan raya penentu dengan menewaskan pencabarnya Kemal Kilicdaroglu.

Iklan

Malaysia dan Turkiye telah menjalin hubungan diplomatik sejak 1964.

Pada tahun lepas, Turkiye merupakan rakan dagang serta destinasi eksport terbesar Malaysia dan sumber import keenam paling utama dalam kalangan negara Asia Barat. - Bernama

Iklan