Pulau Pinang dengar secara serius 'gurauan' Sanusi

Iklan
Kon Yeow. Laporan Sinar Harian.

GEORGETOWN - Kerajaan negeri mendengar secara serius 'gurauan' yang dibuat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung dakwaan Pulau Pinang adalah milik Kedah.

Bagaimanapun kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, sekiranya 'gurauan' itu semakin serius, perkara tersebut perlu dibawa ke mahkamah untuk diputuskan.

Iklan
Iklan

Menurut Kon Yeow, Muhammad Sanusi bukan kali pertama 'bergurau' sedemikian, malah telah berulang kali membuat tuntutan dalam beberapa isu berlainan.

"Ia satu 'gurauan' tetapi ia (gurauan) bukan baru, 'gurau' secara serius. Maka kita pun dengar secara serius juga. Sanusi boleh terus 'berguraulah' dan kita akan terus dengar.

Iklan

"Seperti isu-isu sebelum ini, kita memang kata kita akan jumpa di mahkamah berhubung apa-apa tuntutan termasuk bayaran air dan Seberang Perai namun sehingga kini, Sanusi hanya 'bergurau' saja. Tidak pernah ambil apa-apa tindakan undang-undang.

"Jika (gurauan) amat serius, kita jumpa di mahkamah lah," katanya selepas sidang media Penang International Food Festival 2023 di sini pada Selasa.

Iklan

Ditanya sama ada Muhammad Sanusi sengaja mengeluarkan kenyataan itu menjelang pilihan raya negeri (PRN) yang bakal diadakan nanti, Kon Yeow berkata, Muhammad Sanusi berkemungkinan tiada isu untuk dibangkitkan.

"Mungkin dia tak ada isu nak cakap.

"Menjawab soalan sama ada apa nasihat saya terhadap Muhammad Sanusi agar tidak 'mengganggu' Pulau Pinang, saya tidak berani untuk menasihatinya. Biar rakyat dan pengundi saja yang nasihat beliau," katanya.

Pada Isnin, Muhammad Sanusi menegaskan bahawa Pulau Pinang adalah milik negeri tersebut yang mana, Kedah hanya mempunyai sempadan negeri dengan Perak dan Perlis sahaja.

Muhammad Sanusi turut mendakwa, pihaknya tidak perlu mengambil kembali negeri itu kerana Pulau Pinang tidak pernah 'terlepas' dari Kedah.