Padah buat bising, 120 penunggang motosikal ditahan

Iklan
Antara motosikal yang disita di IPD Klang Selatan.

KLANG - Perbuatan samseng jalanan membuat bising termasuk mengganggu ketenteraman operasi dan pesakit di sebuah hospital swasta mengundang padah selepas 120 buah motosikal ditahan pada 20 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, dalam operasi bermula jam 3 pagi itu, polis turut menahan empat lelaki berusia 20 hingga 25 tahun yang memandu secara melulu dan berbahaya.

Iklan
Iklan

"Keempat-empat suspek ini didapati membuat pusingan dari arah Kompleks Sukan Pandamaran sehingga Pelabuhan Klang. Mereka dipercayai sedang menguji jentera motosikal masing-masing.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya pada sidang akhbar di sini pada Selasa.

Iklan

Hoong Fong berkata, operasi itu melibatkan 121 anggota termasuk pegawai Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan.

"Operasi itu dijalankan susulan laporan diterima daripada penduduk tempatan dan hospital serta penghuni hotel," katanya.

Iklan

Beliau menambah, hasil operasi itu turut membawa penahanan 120 buah motosikal dengan kesemua penunggang diarahkan menolak motosikal mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah ini untuk tujuan mendidik.

"Pemeriksaan lanjut mendapati 81 daripadanya melakukan pengubahsuaian selain 53 penunggang tidak mempunyai lesen memandu yang sah.

"Kesemua motosikal tersebut telah disita dan secara keseluruhan sebanyak 334 saman telah dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan lalu lintas," katanya.