TUMPAT - Seorang ibu dari Taman SPP Kota Warisan, di sini berdepan detik cemas apabila leher bayi lelakinya berusia 14 bulan terlekat alas periuk besi.
Komander operasi, Mohd Nazdy Mohd Nor berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tumpat menerima panggilan pada jam 3 petang Isnin untuk bantuan tugas khas itu.
Iklan
Iklan
Katanya, dia bersama empat anggota lain tiba di rumah mangsa dan bayi lelaki itu sedang menangis.
"Kami menggunakan alat pemotong khas dan hampir lapan minit masa diambil sebelum besi pengalas periuk itu berjaya dipotong," katanya di sini pada Selasa.
Bagaimanapun katanya, bayi lelaki itu tidak mengalami sebarang kecederaan.