Dua PPR baharu bakal dibina tahun hadapan

Iklan
Mohd Jafni (berdiri, dua dari kiri) menyaksikan gimik kerja-kerja mengecat flat Kangkar Pulai oleh Pandak (duduk, kanan) dan Mohd Hafiz duduk, kiri) pada Selasa.

JOHOR BAHRU – Dua Projek Perumahan Rakyat (PPR) baharu bakal dibina di negeri ini pada tahun hadapan susulan kerajaan Persekutuan telah meluluskan dua projek PPR di Larkin, Kulai baru-baru ini.

Menurut Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, projek PPR yang bakal menempatkan 600 unit kediaman kini dalam proses pemilikan tanah dan kerja-kerja pembinaan dijangka dijalankan mulai tahun hadapan.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun, kos pembinaannya masih belum diketahui, namun kebiasaannya bagi satu projek PPR yang melibatkan 300 unit rumah, ia menelan belanja lebih RM100 juta,” katanya ketika ditemui sempena lawatan ke flat Kenari di Kangkar Pulai, di sini pada Selasa.

Hadir sama, Datuk Bandar Iskandar Puteri, Datuk Mohd Hafiz Ahmad dan ADUN Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad.

Iklan

Sementara itu, Mohd Jafni berkata, selain flat di Kangkar Pulai, tiga lagi flat di EDL, Saujana dan Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) telah menjalani proses penambahbaikan bagi menjamin keselesaan dan kesejahteraan penduduk di flat-flat berkenaan.

Katanya, kerja-kerja penambahbaikan yang dijalankan adalah seperti penjagaan kebersihan, mengecat semula bangunan, kawasan parkir, perpaipan dan pembersihan longkang.

Iklan

"Kesemua kerja ini akan dijalankan secara berperingkat (fasa), kerana ia melibatkan kos yang agak besar, contohnya bagi kerja-kerja mengecat di flat Kangkar Pulai ini sahaja melibatkan kos RM6 juga dan difahamkan di EDL pula RM20 juta,” katanya.