ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan lapan lagi cedera akibat dipanah petir pada Selasa, di daerah Tharparkar di wilayah Sindh selatan Pakistan, lapor Xinhua.
Mangsa terdiri lima remaja dan seorang lelaki berusia 35 tahun, menurut perkhidmatan penyelamat.
Kejadian itu berlaku awal pagi Selasa di kampung Sataro Tharparkar ketika sebilangan besar penduduk sedang berjalan kaki untuk menghadiri perayaan tempatan. - Bernama