Usaha jawab soalan secara terbuka

Iklan
Dialog Siswa bersama Adam Adli di Dewan Senat, Unisel Kampus Bestari Jaya pada jam 8.30 malam, Rabu.

SHAH ALAM - Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim bersedia untuk berkomunikasi dengan masyarakat terutamanya golongan pelajar dan belia melalui program Dialog Siswa pada Rabu.

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu berpendapat, soalan-soalan panas bakal diajukan kepadanya dalam ruang sebegini adalah sebahagian daripada budaya pemikiran kritis dan kebebasan berpendapat yang perlu diraikan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, setiap soalan akan dijawab secara terbuka tanpa mengabaikan sensitiviti dan hormat kepada semua pihak.

"Saya akan berusaha untuk jawab secara terbuka kerana peluang ini harus digunakan sebaiknya selain dapat meraikan titik persamaan dan perbezaan pendapat,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Sinar Harian sebagai akhbar telus dan tulus meneruskan peranan sebagai penyambung lidah masyarakat dengan mengambil inisiatif menganjurkan program Dialog Siswa.

Sesi Dialog Siswa bersama Adam Adli yang dihoskan oleh Syuhaida Ariffin di Dewan Senat, Unisel Kampus Bestari Jaya itu akan diadakan jam 8.30 malam pada Rabu.

Iklan

Edisi sulungnya telah menampilkan bekas Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abd Rahman sebagai tetamu jemputan yang pertama.

Tambah Adam Adli, sebagai seorang yang pernah melalui zaman mahasiswa, platform sebegini adalah penting kerana menjadi wadah pemerkasaan kaum pelajar menerusi budaya dialog.

Peluang berkomunikasi dengan golongan pelajar dapat meraikan titik persamaan dan perbezaan pendapat.

"Harapan saya agar ia menjadi platform yang produktif dan bermakna buat peserta sekali gus dapat mendorong generasi muda untuk berani bersuara.

"Saya juga berharap dapat mendengar dan belajar lebih banyak perkara daripada pemegang taruh penting kepimpinan negara ini,” jelasnya.

Beliau turut berterima kasih kepada Sinar Harian kerana mengadakan program tersebut.

"Saya juga melihat platform ini sebagai satu peluang untuk kita pupuk pemikiran kritis dan dialog yang sihat dalam kalangan generasi muda,” ujarnya.

Program tersebut juga terbuka kepada orang ramai.

Sinar Harian juga mempunyai pelbagai program lain yang boleh ditonton masyarakat antaranya seperti Wacana Sinar Harian, Berani Semuka dan Sinar Live.