Lelaki maut kereta terbabas, langgar tiang lampu

Iklan
Keadaan di lokasi kemalangan di Jalan Bendahara 8 Taman Sentosa menghala ke Jalan Kebun Nenas pada Rabu.

KLANG - Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandu terbabas lalu melanggar tiang lampu dalam kejadian di Jalan Bendahara 8 Taman Sentosa menghala ke Jalan Kebun Nenas, dekat sini pada Rabu.

Dalam kejadian itu, mangsa dikenali sebagai Jeffrey Lim Chee Xuan, 21, maut di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.51 pagi.

"Seramai enam anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Andalas bergegas ke lokasi kejadian.

Iklan

"Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Kia Forte dipandu seorang lelaki dipercayai terbabas dan melanggar tiang lampu di bahu jalan," katanya.

Hafisham berkata, ketika pihak Bomba dan Penyelamat sampai di lokasi, mangsa tidak sedarkan diri dan terperangkap di dalam kereta terbabit.

Iklan

"Dalam tempoh lima minit pihak Bomba dan Penyelamat berjaya keluarkan mangsa, bagaimanapun dia telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.