SHAH ALAM - Kebakaran yang berlaku di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan membabitkan kawasan seluas 1.6 hektar sejak Isnin lepas berjaya dipadamkan sepenuhnya petang Selasa.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan insiden itu pada 6.32 petang dan menjalankan operasi pemadaman dengan kekuatan 25 anggota.