PENYERANG Manchester United, Anthony Martial terpaksa diketepikan daripada perlawanan akhir Piala FA menentang Manchester City, Sabtu ini kerana kecederaan hamstring.
Martial mengalami kecederaan tersebut dalam perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Fulham baru-baru ini.
Iklan
Iklan
Pemain Perancis itu yang masuk sebagai pemain gantian ketika United menang 2-1 ke atas Fulham itu telah melakukan imbasan terhadap kecederaannya itu dan tidak sempat pulih menjelang aksi bertemu City.
"Anthony Martial tidak dapat beraksi di final Piala FA menentang Manchester City pada Sabtu akibat kecederaan.
"Dia cedera di bahagian hamstring ketika kemenangan 2-1 ke atas Fulham di Old Trafford.
"Pemeriksaan lanjut menunjukkan yang ototnya koyak dan pemain 27 tahun itu tidak dapat beraksi di Wembley," kata United dalam satu kenyataan.
Martial terlepas dua perlawanan pertama United di EPL musim ini kerana masalah hamstring selain turut berdepan banyak lagi siri kecederaan yang menyaksikan dia hanya membuat 29 penampilan musim ini.