Kok Thiam meninggal dunia akibat strok

Iklan
Laporan Sinar Harian. Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.

SHAH ALAM - Peguam suspek kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Kee Kok Thiam memaklumkan kematian mengejut individu yang mendedahkan keberadaan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho (Jho Low) disebabkan strok.

Firma Guaman Valen, Oh & Partners dalam satu kenyataan ringkas berkata, anak guam mereka meninggal dunia pada Isnin di sebuah hospital.

Iklan
Iklan

"Kami berharap semua pihak tidak melayan sebarang spekulasi mengenai peristiwa ini dan memberi ruang kepada keluarga untuk bersedih atas pemergiannya,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Kok Thiam telah dihantar pulang dari Macau kerana tinggal lebih masa visanya.

Iklan

Dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 3 pagi pada 3 Mei dan diarahkan untuk pergi ke ibu pejabat SPRM pada jam 10 pagi hari yang sama.

Al Jazeera pada Selasa melaporkan bahawa Kok Thiam memberitahu SPRM dia telah bertemu Jho Low dan buruan kes 1MDB lain termasuk Eric Tan Kim Loong, Casey Tang Keng Chee, Geh Choh Heng dan Nik Faisal Ariff Kamil di Macau.

Iklan

Kok Thiam juga dilaporkan berkata bahawa Jho Low telah mengarahkannya 'supaya jangan kembali ke Malaysia sebagai saksi dalam kes 1MDB'.

Kok Thiam kemudiannya dibebaskan tanpa sebarang pertuduhan dikenakan terhadapnya pada masa ini.