Kemudahan kesihatan terbaik di Madinah lancarkan urusan jemaah haji

Iklan
Pusat Rawatan Madinah yang beroperasi di Hotel Roha. Gambar kecil: Dr Abdul Jalil

MADINAH - Menjadi negara pertama mendapat ‘lampu hijau’ daripada kerajaan Arab Saudi untuk membuka pusat kesihatan di Madinah bagi tahun kedua berturut-turut adalah satu pencapaian yang membanggakan bagi Tabung Haji (TH).

Ia tidak akan dicapai dengan mudah kerana untuk mendapat kelulusan itu, pusat kesihatan berkenaan wajib mencapai satu standard tinggi yang telah ditetapkan pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi.

Iklan
Iklan

Berkongsi pencapaian itu, Pengarah Operasi Madinah (Madinah), Dr Abdul Jalil Ahmad berkata, pusat kesihatan atau Pusat Rawatan Madinah (PRM) mempunyai fasiliti yang lengkap dari segi jumlah pakar dan kemudahan kepada pesakit.

Menurutnya, terdapat 59 petugas perubatan yang terdiri daripada pakar kecemasan, pakar bius, pakar perubatan keluarga dan pakar perubatan kesihatan awam.

Iklan

PRM katanya, menyediakan khidmat rawatan kecemasan, pesakit dalam dan pemulihan, perkhidmatan ambulans, makmal perubatan, unit x-ray, unit fisioterapi, diatetik, unit kesihatan awam, unit lawatan ke hospital Arab Saudi (KSA) dan pasukan perubatan lapangan terbang.

Zon klinik yang ditempatkan di hotel berhampiran Masjid Nabawi.

"Bilangan katil di wad pesakit ialah 33 buah dan PRM beroperasi 24 jam untuk memberikan perkhidmatan kepada jemaah haji,” katanya pada sidang media di sini baru-baru ini.

Iklan

Mengenai klinik di zon-zon pula, Dr Abdul Jalil berkata terdapat dua klinik tetap dan bergerak di Hotel Movenpick dan satu klinik tetap di Hotel Saja Al Madinah.

Skop rawatan di klinik itu pula meliputi khidmat seperti rawatan pesakit luar, rawatan awal kecemasan, rehab lelaki dan perempuan, kaunseling dan juga rujukan ke PRM.

Waktu operasi pula dari jam 7 pagi hingga 12 tengah hari dan 7 pagi hingga 11.30 pagi pada hari Jumaat seterusnya pada jam 4.30 petang hingga 6.30 petang dan dari jam 8 malam hingga 10 malam.

Dr Abdul Jalil berkata, apabila pesakit di zon klinik tidak dapat distabilkan, pasukan perubatan akan membawa ke PRM yang berada di bangunan Roha iaitu 10 minit perjalanan dengan kenderaan dari klinik zon.

Oleh kerana perjalanan jemaah dari Malaysia memakan masa sehingga sembilan jam, pasukan perubatan turut ditempatkan di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohamad bin Abdulaziz di Madinah.

Dr Abdul Jalil (dua dari kanan) melakukan tinjauan ke wad Pusat Rawatan Madinah.

"Antara tugas pasukan perubatan di sana ialah dengan memberikan rawatan awal jika diperlukan, merujuk pesakit kecemasan ke PRM dan mengiringi pesakit ke hospital Madinah jika keadaan memerlukan,”katanya.

Dr Abdul Jalil berkata, Unit Kesihatan Awam antara lain berperanan untuk memberi pendidikan kesihatan kepada jemaah haji di setiap bilik penginapan zon.

"Kita juga melakukan pengesanan kes aktif untuk mengesan jemaah haji yang sakit atau apabila berlaku peningkatan penyakit berjangkit serta pendidikan kesihatan yang disesuaikan dengan keadaan di Tanah Suci,”katanya.