Ulang tahun hubungan China-Malaysia dirai dengan buka akaun TikTok

Iklan
Ouyang Yujing berkata, selama 49 tahun, China dan Malaysia telah melalui suka dan duka bersama dan berusaha untuk mencapai situasi saling untung.

KUALA LUMPUR - Kedutaan Besar China di Malaysia pada Rabu merayakan ulang tahun ke-49 penubuhan hubungan diplomatik antara China dan Malaysia dengan membuka akaun TikTok rasmi.

Malaysia dan China menubuhkan hubungan diplomatik rasmi pada 31 Mei 1974.

Iklan
Iklan

Dalam video Tiktok pertama selama satu minit yang bermula dengan ucapan dari Duta Besar China, Ouyang Yujing, kedutaan itu menyoroti sejarah hubungan yang berterusan antara kedua-dua negara.

"China dan Malaysia adalah jiran yang baik, sahabat yang baik, dan rakan yang baik. Selama 49 tahun, China dan Malaysia telah melalui suka dan duka bersama dan berusaha untuk mencapai situasi saling untung," kata video itu.

Iklan

Video itu juga menggunakan peribahasa Melayu 'Air dicincang tidak akan putus' dan 'Bagai aur dan tebing' untuk menggambarkan persahabatan kedua-dua negara tersebut dengan jelas.

"Semoga persahabatan antara China dan Malaysia terus berkembang," kata Ouyang mengakhiri video itu. - Bernama

Iklan