Jualan Mega Ehsan Rahmah tawar penjimatan 30 peratus barang asas

Iklan
Salahuddin (kiri) dan Amirudin (kanan) melawat ke tapak jualan dan bertemu rakyat Selangor selepas Majlis Pelancaran JER pada Rabu.

AMPANG - Rakyat Selangor kini boleh menikmati penjimatan harga barang keperluan asas sehingga 30 peratus menerusi Program Jualan Mega Ehsan Rahmah (JER) yang dilancarkan bermula pada Rabu.

Menteri Hal Ehwal Pengguna dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, JER memfokuskan kepada tujuh jenis makanan iaitu ayam, beras, telur ayam, minyak masak, ikan, gula pasir dan daging beku.

Iklan
Iklan

Ujarnya, inisiatif itu dijalankan melalui kerjasama KPDN Selangor dan kerajaan negeri Selangor yang menggabungkan inisiatif Payung Rahmah dan Jualan Ehsan di 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Selangor.

Menurutnya lagi, kerjasama strategik itu adalah idea penggabungan dan penyelarasan dua program di bawah inisiatif kos sara hidup yang sudah pasti rakyat mendapat keuntungan.

Iklan

"KPDN sentiasa memikirkan bagaimana konsep seperti JER ini dapat kita langsungkan malah KPDN sentiasa proaktif mengadakan libat urus bersama pemain industri," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran JER bersama-sama Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) AU2, Taman Keramat di sini pada Rabu.

Iklan

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS, Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi.

Sementara itu, Amirudin berkata, apa pun namanya, yang jelas rakyat terbanyak pasti mendapat manfaat daripada usaha tersebut yang terbukti boleh dilakukan di Selangor serta sudah pasti boleh dijayakan dengan lebih baik di peringkat persekutuan.

"Rakyat harus ambil maklum bahawa setakat September tahun lalu sehingga kini, kerajaan negeri telah membelanjakan sebanyak RM37 juta," katanya.

Amirudin menambah, ia adalah kos keseluruhan yang meliputi kos logistik seperti gudang dan lori selain daripada subsidi harga untuk membawa barangan JER ke lokaliti jualan di seluruh negeri.

"Alhamdulillah, berkat usaha kerajaan negeri melalui PKPS, rakyat Selangor telah menerima penjimatan sebanyak lebih RM18 juta hasil daripada penjualan produk pada harga kira-kira 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.

"Bayangkan apabila program sesederhana acuan Selangor ini, sekiranya dilibatkan lebih banyak agensi Persekutuan, pastilah mendatangkan hasil berlipat kali ganda lebih baik dan dirasai nikmat dan manfaatnya ke serata pelosok negara," katanya.