Polis Kedah siap sedia hadapi PRN
Iklan
Wan Hassan (tengah) memegang replika baucar saringan bersama barisan ketua-ketua jabatan dan ketua polis daerah selepas Kempen Kesedaran Kanser Produktif Wirawati PDRM Kontinjen Kedah di IPK Kedah pada Rabu.
ALOR SETAR - Polis Kedah sudah bersedia bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah termasuk menggerakkan dan menambah anggota polis dari negeri sempadan dalam membantu kelancaran proses PRN sekiranya berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam tempoh terdekat.
Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, lebih 5,000 anggota termasuklah Pasukan Gerakan Am (PGA) dijangka bertugas sepanjang proses PRN Kedah tersebut.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, pihaknya akan menggunakan kekuatan asal anggota polis pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas, namun sedia menambah keanggotaan di lokasi tertentu dianggap panas di Kedah.
"Ia bagi memastikan kelancaran proses PRN Kedah tanpa kerja ganggu dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kesedaran Kanser Produktif Wirawati PDRM Kontijen Kedah di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kedah, di sini, pada Rabu.
Iklan
Hadir sama, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Abdul Shukur Abdullah.
Beliau menjelaskan, pihaknya akan membuat penambahan itu dari pelbagai segi termasuklah melibatkan elemen kekuatan PGA.
Iklan
"Kita sudah bersedia sebenarnya dari segi tindakan-tindakan sepatutnya yang kita perlu laksanakan sekiranya berlakunya pembubaran DUN dan pilihan raya itu dilaksanakan.
"Kita bersiap sedia.Kita sudah bersedia dari awal PRU dan kita sambung dengan tambah baik sahaja dengan pertambahan di tempat tertentu,"katanya
Wan Hassan berkata, pihaknya juga telah berhubung dengan beberapa pihak termasuklah Bukit Aman untuk menggunakan elemen kawalan di tempat tertentu dan sensitif.
Beliau menambah, terdapat lebih kurang 50 kawasan panas PRN Kedah yang akan diberi tumpuan di negeri ini bagaimanapun tidak dapat mendedahkan lokasi itu.
Tambah Wan Hassan, pihaknya juga akan mengguna pakai anggota-anggota yang bersempadan seperti Perlis bagi menjimatkan kos apabila anggota tidak memerlukan penempatan,boleh ulang alik dan sebagainya.
Beliau turut mengambil kira semua faktor termasuklah melibatkan bantuan pasukan Cantas, gengsterisme dan unit bom ketika PRN Kedah bagi memastikan proses demokrasi dalam keadaan yang terkawal, lancar dan tidak ada ganggu gugat.
"Di samping, kita fokus kepada PRN Kedah, kita juga ada persempadanan dengan Thailand dan sebagainya. Jadi, elemen itu tidak boleh tinggal dan maknanya kawalan sempadan yang ketat juga kita terpaksa laksanakan.
"Jadi, sudah tentunya elemen penggunaan dron,pasukan cantas dan pengurusan kita akan pakai," katanya.
Beliau memberitahu pasukan Cantas menunjukkan keberkesanan dengan mengambil tindakan awal terhadap sesuatu maklumat bagi membendung berlakunya permasalahan semasa pilihan raya ataupun proses kempen.
Dalam perkembangan lain, beliau menasihatkan semua pihak tidak mengeluarkan sebarang sebarang kenyataan yang mampu menggores hati dan perasaan ramai, sekaligus membawa kekacauan dan ganggu gugat kepada keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
Bagaimanapun, Wan Hassan memaklumkan, keadaan di Kedah didapati masih tenang dan terkawal.
"Kita juga akan lakukan yang terbaik untuk jadikan Kedah ini dalam keadaan harmoni, malah pilihan raya dalam keadaan tenang, damai dan sejahtera," katanya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam