Durian paduka diancam beruk

Iklan
Nordin menunjukkan buah durian yang gugur diancam kawanan beruk.

PASIR SALAK - Hampir 80 pokok durian termasuk varieti popular, durian paduka yang diusahakan di Institut Agro Usahawan (iGROW) dekat Kampung Gajah di sini diancam kawanan beruk.

Kumpulan haiwan liar itu dipercayai menceroboh kawasan ladang durian seluas 3.2 hektar tersebut dari kawasan hutan berdekatan dan merosakkan durian muda.

Iklan
Iklan

Pengerusi Eksekutif iGROW, Nordin Abdul Malek berkata, ancaman beruk berlaku sejak tujuh tahun lalu.

Bagaimanapun katanya, musim kali ini paling teruk apabila hampir 70 peratus durian belum matang dipetik dan digugurkan dari pokok.

Iklan

"Dalam sehari, tidak lebih 50 ekor beruk datang dan membuat gangguan. Kawanan haiwan ini akan mematahkan tangkai buah menyebabkan banyak yang gugur bertaburan.

"Aduan pernah dibuat kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), operasi juga ada dilakukan, tetapi sukar ditangai kerana jumlahnya yang banyak," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Beliau berkata, ancaman itu secara tidak langsung menjejaskan keseluruhan hasil pengeluaran durian di iGROW.

Menurutnya, musim sebelum ini, hampir 10,000 biji durian berjaya dikeluarkan dusun iGROW, namun jumlah itu mungkin berkurangan dengan adanya ancaman beruk.

"Hampir di kebanyakan tempat, dusun durian mereka tidak berbuah pada musim ini mungkin disebabkan kesan cuaca.

"Di iGROW kita bersyukur ada pokok-pokok yang menghasilkan buah, tetapi kesannya, dusun di sini jadi tumpuan serangan beruk," katanya.