Bumbung Dewan Besar IKIM runtuh, lima kakitangan cedera

Iklan
Lima kakitangan IKIM cedera akibat bumbung runtuh. (Gambar kecil: Mohamed Azam)

SHAH ALAM - Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) memaklumkan bahawa bumbung Dewan Besar IKIM yang terletak di Blok B runtuh pada kira-kira jam 11.55 pagi Rabu.

Ketua Pengarah IKIM, Profesor Madya Dr Mohamed Azam Mohamed Adil berkata, insiden tersebut telah menyebabkan lima orang kakitangan mengalami kecederaan ringan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun menurutnya, IKIM masih menjalankan operasi seperti biasa.

"Insiden itu berlaku ketika beberapa orang kakitangan sedang membuat latihan bagi penganjuran program Tribute Tan Sri Mohd Kamal Hassan yang dijadualkan pada 2 Jun 2023 di dewan yang sama.

Iklan

Menurutnya, IKIM telah mengambil langkah segera dengan mengalihkan mangsa di tempat kejadian selain menghubungi pihak bomba, Hospital Kuala Lumpur dan pihak polis agar dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.

Kejadian bumbung Dewan Besar IKIM runtuh kira-kira jam 11.55.

Tambah beliau, berikutan insiden itu, IKIM akan memohon kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membuat siasatan lanjut bagi mengetahui punca sebenar kejadian bumbung runtuh itu.

Iklan

Untuk rekod, Dewan Besar IKIM dibina pada tahun 1993 dan dalam tempoh itu, penyelenggaraan kecil seperti menukar bumbung yang bocor telah dilakukan.