Sevilla rangkul kejuaraan ketujuh Liga Europa

Iklan
Pemain-pemain Sevilla meraikan kejayaan menjulang kejuaraan Liga Europa selepas menewaskan AS Roma di Stadium Puskas Arena. - Foto Agensi

SEVILLA merangkul kejuaraan ketujuh Liga Europa apabila menewaskan AS Roma, 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Puskas Arena.

Kemenangan itu membolehkan Los Nervionenses kendalian José Luis Mendilibar melebar rekod kejuaraan tahap dua kelab Eropah tersebut.

Iklan
Iklan

Kekalahan I Giallorossi asuhan Jose Mourinho itu menyaksikan ketewasan kali pertama dalam enam perlawanan akhir kelab Eropah.

Dalam perlawanan itu, penjaga gol Sevilla, Yassine Bounou menyelamatkan sepakan penalti daripada Gianluca Mancini dan Roger Ibanez.

Iklan

Sementara itu, Sevilla menyempurnakan kesemua tugasan sepakan penalti apabila dalam menjaringkan empat gol pertama kelab tersebut.

Paulo Dybala memberi pendahuluan kepada kelab dari Itali tersebut hasil serangan balas pada minit ke-35 bagi meninggalkan pasukan dari Sepanyol itu.

Iklan

Namun kelab LaLiga itu kemudian mengawal semula permainan dan menemui gol penyamaan hasil jaringan sendiri pemain pertahanan Inter, Mancini pada minit ke-55.

Sebagai rekod, Sevilla menjulang kejuaraan Liga Europa bermula 2006, 2007, 2014, 2015, 2016, 2020 dan terkini 2023.

Kemenangan itu bermakna Sevilla akan bersaing dalam Liga Juara-Juara musim depan walaupun menamatkan saingan di luar kelompok empat teratas LaLiga.