PASIR MAS - Seorang kanak-kanak lelaki dari Kampung Kubang Mas, di sini cuba menjejak ibu bapa kandungnya yang terpisah sejak 10 tahun lalu.
Disebabkan kemiskinan yang dilalui keluarga, Qhaleef Amjad Mohamed,10, diserahkan kepada keluarga angkat ketika berusia enam hari untuk dijaga dan dibesarkan.
Iklan
Iklan
Ibu angkatnya, Noor Hamizah Kamaruddin, 37, berkata, kali terakhir dia berhubung dengan pasangan Piathip Chaicana@Noraini Abdullah, 39, dan Mohamed Abdullah, 51, semasa Qhaleef Amjad masih bayi.
"Kami telah sedaya upaya menjejaki mereka dan alamat terakhir yang ada ialah di Pasir Puteh. Bagaimanapun usaha itu menemui jalan buntu selepas pasangan tersebut dikatakan sudah berpindah.
"Pelbagai cara telah dilakukan untuk mencari mereka tetapi gagal," katanya kepada pemberita.
Menurutnya, selain menghubungkan kembali hubungan yang terputus di antara anak dan ibu bapa, ada beberapa perkara yang memerlukan keberadaan mereka bagi memudahkan urusan persekolahan, kesihatan dan dokumen peribadi Qhaleef Amjad.
Justeru orang ramai yang mengenali Noraini dan Mohamed boleh menghubungi Noor Hamizah di talian 019-9592966.