Cadang jambatan baharu dinamakan sempena Sultan Nazrin

Iklan
Ahmad Zahid (dua dari kiri) ketika menyempurnakan pelepasan pasukan berbasikal di Jambatan Bagan Datuk-Sejagop pada Khamis.

BAGAN DATUK - [DIKEMASKINI] Kerajaan berhasrat menamakan jambatan baharu menghubungkan Bagan Datuk ke Kampung Sejagop, di sini sempena nama Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu akan disembah maklum kepada baginda dalam masa terdekat bagi mendapat perkenan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kerajaan juga akan mempersembah cadangan tarikh bagi upacara rasmi perasmian jambatan tersebut oleh Sultan Nazrin sempena Hari Keputeraan baginda November depan.

"Perasmian jambatan ini akan dipersembah untuk mendapat perkenan tuanku mencemar duli bagi perasmiannya sempena keputeraan baginda tahun ini.

Iklan

Jambatan Bagan Datuk-Sejagop dibina merentasi Sungai Perak sepanjang 1.5 kilometer dengan reka bentuknya mengambil kira ruang utiliti seperti paip air Lembaga Air Perak (LAP) bagi bekalan air ke Bagan Datuk.

Sebelum ini pengguna jalan raya dari Sitiawan perlu melalui Jalan Hutan Melintang ke Bagan Datuk yang mengambil masa lebih satu jam dengan jarak perjalanan melebihi 50 kilometer.

Iklan

Namun dengan pembinaan jambatan itu dapat memendekkan perjalanan ke 15 minit sahaja melalui jarak hanya 10.5 kilometer.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah sebelum itu melancarkan laluan baharu bas henti-henti Mara Liner Sdn Bhd (MLSB) yang menghubungkan Bagan Datuk ke Teluk Intan dan Kampung Gajah.

Laluan baharu yang telah memulakan operasi pada 12 April itu memberi manfaat kepada lebih 151,539 komuniti setempat termasuk 11 institusi pengajian, lima klinik kesihatan, Felcra, estet, hospital dan balai polis.

Inisiatif yang digerakkan bagi memperkasa sistem pengangkutan awam itu antara lain membantu masyarakat setempat dengan menghubungkan kawasan luar bandar dan bandar.

Dalam perkembangan sama, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, pembangunan daerah-daerah terpinggir seperti Bagan Datuk dan Pasir Salak akan terus diberikan fokus utama oleh kerajaan.

Katanya, perkara itu juga antara yang ditekankan Sultan Nazrin kepada beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri.

"Sekarang bila sudah jadi kerajaan, kita mesti ambil tanggungjawab menyelesaikan masalah rakyat yang dahagakan pembangunan, tidak lagi menyalahkan orang lain sebaliknya terus bergerak ke hadapan," katanya.