India, Australia sah sertai SOJ ke-11

Iklan
Aksi skuad negara (jersi kuning) pada SOJC 2022, lalu. - Foto SOJC

JUARA dan naib juara edisi ke-10, India dan Australia mengesahkan penyertaan kejuaraan ke-11 hoki bawah 21 tahun (B-21) Piala Sultan Johor (SOJC) 2023 yang akan bermula 27 Oktober hingga 4 November depan.

Menurut Presiden Persatuan Hoki Johor (JHA), Datuk Majid Manjit Abdullah, India dan Australia antara lapan negara yang bakal menyahut cabaran pada edisi kali ini.

Iklan
Iklan

Selain itu katanya, enam pasukan lain yang turut menyahut cabaran adalah Argentina, Jerman, Britain, New Zealand dan skuad remaja negara, Young Tigers kendalian Muhamad Amin Rahim.

"Penyertaan lapan pasukan dalam edisi ke-11 ini amat memberangsangkan memandangkan kejohanan kali ini ibarat mini Piala Dunia Remaja.

Iklan

"Penyertaan pasukan dari Amerika Selatan dan Argentina yang kali terakhir beraksi pada 2015 akan memeriahkan lagi kejuaraan ini.

"Tambahan pula Malaysia menjadi tuan rumah untuk Piala Dunia Remaja yang bermula pada 5 Disember hingga 16 Disember ini dan kejohanan Piala Sultan Johor pastinya lebih meriah memandang pasukan yang bertanding kali ini membawa pemain terbaik masing-masing," katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.

Iklan

Dalam masa sama, Majid Manjit berkata, JHA terpaksa menolak penyertaan beberapa negara bagi menjaga kualiti kejohanan tersebut.

"Terdapat beberapa pasukan yang mahu menyertai kejohanan seperti Mesir, Afrika Selatan dan Jepun yang akan menyertai Piala Dunia Remaja.

"Namun kita tidak dapat memenuhi permintaan pasukan-pasukan ini kecuali terdapat pasukan yang tarik diri.

"Sebenarnya, JHA boleh sahaja menerima penyertaan sehingga 16 pasukan, tetapi untuk melaksanakan SOJC sememangnya agak sukar ditambah pula dengan kekangan masa yang mungkin boleh menjejaskan kualiti kejohanan," katanya.