Irfan Bakti kemalangan ketika pulang dari masjid kini stabil

Iklan
Irfan. - Foto Agensi

JURULATIH berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim berada dalam keadaan baik selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada malam Rabu.

Perkara itu dikongsikan kelabnya, Kuching City FC.

Iklan
Iklan

Menurut kelab itu, Irfan mengalami kecederaan akibat kemalangan ketika mahu pulang dari masjid.

Susulan itu, pengendali berusia 72 tahun itu terpaksa menjalani pembedahan dan beliau difahamkan berada dalam keadaan stabil.

Iklan

"Sebagai makluman coach Irfan Bakti telah mengalami kecederaan akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang dari masjid.

"Beliau telah selamat menjalani pembedahan dan berada dalam keadaan baik.

Iklan

"Sama-sama kita doakan kesembuhan buat coach Irfan Bakti agar pulih segera. Syafakallah. Get well soon, coach!,” ujar pihak pengurusan dalam satu kenyataan di laman media sosial rasmi kelab.

Kuching City FC ketika ini menghuni tangga ke-12 liga dengan lima mata.

Bagi aksi Liga Super menentang Negeri Sembilan FC pada 4 Jun ini, penolong jurulatih, Sulaiman Hussin dijangka mengalas peranan sebagai pemangku jurulatih sementara Irfan menjalani proses pemulihan.