KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu membantu menyelesaikan isu air di negeri ini.
Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Kelantan, Datuk Azami Mohd Nor berkata, pertemuan yang berlangsung di Putrajaya pada Khamis memperlihatkan komitmen kerajaan Persekutuan dalam membantu menyelesaikan masalah tersebut.