'Pemecatan saya dari jawatan CEO Finas atas budi bicara menteri'- Md Nasir

Iklan
Md Nasir (dua, kiri) pada sidang akhbar di sebuah hotel di Ampang pada Khamis.

AMPANG - [DIKEMAS KINI] Saya nak bersihkan nama saya tak nak orang tertanya kenapa dalam tempoh 24 jam saya dipecat, kata bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Profesor Dr Md Nasir Ibrahim.

Beliau menegaskan penamatan kontraknya sebagai CEO bukan disebabkan masalah laku kerana tiada laporan polis atau kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai pemecatannya.

Iklan
Iklan

"Saya nak orang faham pemecatan saya adalah atas budi bicara menteri.

"Semua yakin saya dipecat bukan sebab salah laku, tapi yang tak hubungi saya itu mungkin dapat pandangan berbeza mungkin ada tomahan tertentu yang tersebar luas, ALLAH maha mengetahui dan tahu apa yang saya buat.

Iklan

"Fitnah yang dilemparkan biarlah mereka jawab diakhirat dan merangkaklah cari saya nanti kalau itu yang terbaik untuk jatuhkan saya,” katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini pada Khamis.

Jelasnya, dia turut mengakui sudah menerangkan hal yang sebenar kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Fahmi Fadzil tentang apa yang berlaku.

Iklan

"Terus terang saya memang banyak hantar pesanan kepada YB Fahmi tentang perkembangan saya dan saya yakin beliau sangat sibuk... saya tak pasti beliau baca atau tidak

"Tanggungjawab untuk maklum perkembangan saya dah selesai,” katanya.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, penamatan kontrak Md Nasir merupakan keputusan yang dibuat oleh Lembaga Pengarah agensi berkenaan dan ia dilaksanakan atas beberapa perkara termasuklah rombakan dan penyelarasan dasar agensi itu.

Mengulas lanjut, Md Nasir kecewa kerana tidak pernah dipanggil untuk memberikan keterangan jika ada berlaku kesilapan atau kesalahan dipihaknya.

”Ahli Lembaga Finas tak pernah jumpa atau beritahu saya apa-apa, sepatutnya saya diberi peluang walaupun sekali untuk memperjelaskan apa sahaja isu yang dibangkitkan, tapi ini tidak berlaku.

"Saya anggap saya ini dizalimi sebab sebagai individu yang memimpin Finas yang melaksanakan tugas-tugas memajukan industri filem negara, jika apa yang saya buat tak dipersetujui boleh panggil biar saya perjelaskan,” ujarnya.

Beliau dalam pada itu mengakui memang ‘orang dalam ‘ yang mungkin tidak berpuas hati dengannya sewaktu memegang jawatan CEO berkenaan.

"Benda itu tak bagus tapi memang mana-mana organisasi memang ada yang bersikap macam itu, tapi kalau salah saya mengakui saya perbaiki kalau saya betul dan hasilkan yang terbaik itu bukan isu,” kata Md Nasir.

Mengenai kegagalan projek dari tahun 2015 hingga tahun 2019 oleh 47 syarikat dan individu bernilai kira-kira RM22 juta, Md Nasir berkata, isu itu perlu disiasat dengan terperinci.

"Saya menyeru supaya SPRM menyiasat punca berlakunya ketirisan dana ini dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang terlibat.

"Wang cukai rakyat perlu dikembalikan dan sewajarnya semua penerima dana memanfaatkan dana yang diterima untuk menghasilkan filem yang berkualiti tinggi,” katanya.

Sementara itu, Finas dalam satu kenyataan memaklumkan kontrak Md Nasir ditamatkan hari ini (Khamis) dan keputusan itu diambil selepas melihat kepada keperluan badan itu melakukan penstrukturan semula atau recalibration ke atas dasar, program dan aktiviti kreatif bagi menghasilkan filem tempatan yang berkualiti.