Cuaca panas: Johor laksana solat hajat esok
Iklan
Gambar hiasan
JOHOR BAHRU - Semua masjid dan surau di Johor akan melaksanakan solat hajat pada Jumaat bagi memohon kesejahteraan buat negara dan masyarakat berikutan cuaca panas dan kering ketika ini.
Exco Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, solat hajat itu akan diadakan selepas solat fardu Jumaat.
Iklan
Iklan
"Pada Jumaat, Menteri Agama telah mengeluarkan kenyataan untuk melaksanakan solat hajat di Kuala Lumpur untuk memohon kesejahteraan negara dan masyarakat. Oleh itu kerajaan Johor akan menyambut saranan itu.
"Semua masjid dan surau di negeri ini disarankan untuk mengadakan solat hajat selepas solat fardu Jumaat, esok," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Multaqa Guru-Guru al-Quran Bersama Johan Qari dan Qariah Antarabangsa Negeri Johor di Pusat Islam Iskandar di sini pada Khamis.
Pada Khamis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dilaporkan berkata, Jakim akan menganjurkan solat hajat di tiga masjid utama pada Khamis iaitu Masjid Negara di Kuala Lumpur, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Iklan
Beliau berkata, masjid dan surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) turut diminta untuk melaksanakan solat hajat pada tarikh sama untuk memohon kesejahteraan negara dan masyarakat.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) menyenaraikan 14 kawasan panas yang berada di tahap berjaga-jaga.
Ia membabitkan di Pasir Mas, Kuala Krai, Raub, Bentong, Bera, Temerloh, Jerantut, Lipis, Kuantan, Batang Padang, Kuala Selangor, Jempol, Beaufort dan Kinabatangan.
Mohd Fared berkata, solat hajat itu diadakan bagi mendoakan supaya keadaan pada ketika ini menjadi lebih tenang dan nyaman seterusnya memberi keselesaan pada umum.
Katanya, solat hajat ini boleh diadakan di waktu solat yang lain juga.
'Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul', mungkin itu pepatah tepat bagi menggambarkan penderitaan yang dilalui seorang ibu tunggal kepada lapan anak, Noorfazlin Zainal Abidin, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Selain bersendirian menjaga anaknya yang berusia dua hingga 20 tahun, Noorfazlin, 41, turut menjaga ibunya, Zawiyah Ahmad, 70, yang terlantar akibat sakit kronik, kanser usus, kanser hati dan kanser tiroid tahap empat.
Kepada orang ramai yang mahu menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN), 051-094-100-0037-044 milik Noorfazlin Zainal Abidin, atau menghubungi talian 018-7890870 (Noorfazlin).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/693186/edisi/johor/berat-mata-memandang-berat-lagi-bahu-yang-memikul
Muzik: Elevate dari www.bensound.com