Bapa rogol anak dipenjara 54 tahun, 25 sebatan

Iklan
Tertuduh (depan, kiri) ketika tiba di Mahkamah Sesyen di sini untuk mendengar hukuman.

KOTA BHARU - Seorang bapa dijatuhi hukuman penjara 54 tahun dan 25 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini pada Khamis atas tujuh pertuduhan termasuk merogol anak kandungnya dan memiliki pornografi kanak-kanak.

Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Sesyen, Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli menitahkan hukuman terhadap tertuduh yang berusia 39 tahun berjalan serentak pada tarikh dituduh.

Iklan
Iklan

Tertuduh turut mengaku salah terhadap tuduhan melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii, melakukan kelucahan melampau dan memiliki video lucah selepas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, tertuduh didakwa merogol anak kandungnya berusia 19 tahun di sebuah rumah di Sering, di sini antara jam 11 pagi hingga 12.30 tengah hari pada akhir Mac, 10 Mei dan 11 Mei lalu.

Iklan

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga minimum lapan tahun hingga 30 tahun dan 10 sebatan.

Bagaimanapun, bagi kesalahan pertama, mahkamah menjatuhkan hukuman 14 tahun penjara dan lapan sebatan, manakala 15 tahun dan lapan sebatan bagi kesalahan kedua serta 16 tahun dan lapan sebatan untuk kesalahan ketiga.

Iklan

Sementara itu, bagi pertuduhan keempat dan kelima, tertuduh melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dan melakukan kelucahan melampau terhadap anak kandungnya.

Kesalahan itu dilakukan dua lokasi berasingan iaitu Sering dan Panji, di sini antara jam 11.05 pagi dan 4 petang pada 11 Mei lalu dan 7 Disember tahun lalu.

Tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan (Akta 574) dan 377D.

Bagi kesalahan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan.

Bagi pertuduhan keenam dan ketujuh, tertuduh didakwa memiliki pornografi kanak-kanak dan memiliki video lucah dalam telefon bimbit pada 19 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan (Akta 574).

Bagi kesalahan berkenaan, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun bagi pertuduhan keenam dan penjara satu tahun bagi pertuduhan ketujuh.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalna Zainal Abidin dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Abu Arsalna sebelum itu memohon hukuman setimpal dikenakan kerana hubungan tertuduh dengan mangsa merupakan bapa kandung dan anak.

"Tertuduh sepatutnya menjadi pelindung dan sebagai seorang bapa dia tidak sepatutnya melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap anaknya.

"Perbuatan yang dilakukan tertuduh meninggalkan kesan trauma seumur hidup kepada mangsa,” katanya.

Tertuduh dalam rayuannya pula memohon hukuman ringan dikenakan.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman 16 tahun penjara kerana hukuman berjalan serentak dari tarikh dituduh dan 25 sebatan.