Gangguan bekalan elektrik di Cameron Highlands pulih

Iklan
Bekalan elektrik di Cameron Highlands berjaya dipulihkan sepenuhnya selepas berlaku gangguan tersebut pada Khamis. - Foto Bernama

CAMERON HIGHLANDS - Bekalan elektrik di Cameron Highlands berjaya dipulihkan sepenuhnya selepas berlaku gangguan tersebut pada Khamis.

Dalam hantaran yang dimuat naik di laman Facebook TNB kira-kira jam 3.14 petang memberitahu, gangguan tersebut berlaku disebabkan masalah di Pencawang Masuk Utama (PMU) Bintang.

Iklan
Iklan

"Kami ingin merakamkan penghargaan kepada semua pelanggan yang terlibat atas kerjasama yang diberikan di sepanjang tempoh kerja-kerja pemulihan bekalan dijalankan.

"Kesabaran anda amat dihargai," ujar hantaran itu.

Iklan

Buat masa ini, Cameron Highlands antara lokasi tumpuan orang ramai berikutan musim cuti persekolahan yang bermula sejak 27 Mei lalu.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata, Ho Chi Yang memberitahu, pihaknya menerima aduan penduduk mengenai gangguan tersebut pada tengah hari dan bekalan elektrik terputus lebih satu jam.

Iklan

"Lega dan terima kasih kepada pihak penyelenggaraan TNB yang segera bertindak, masalah ini berjaya diselesaikan," tambah beliau.