Tiada 'Langkah Sheraton 2.0', pembangkang tiada kekuatan

Iklan
Wan Ahmad Fayhsal menjadi tetamu jemputan dalam siaran podcast 'Keluar Sekejap' pada Jumaat.

SHAH ALAM - Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menafikan wujud gerakan untuk menggulingkan kerajaan menerusi 'Langkah Sheraton 2.0'.

Sebaliknya beliau mengakui perkara itu mustahil untuk berlaku ketika ini mengambil kira pembangkang ketika ini tiada kekuatan.

Iklan
Iklan

"Tidak betul (rancang guling kerajaan), kita komited untuk memastikan pembangkang menyemak imbang kerajaan hari ini.

"Macam mana kita nak ada perancangan nak buat 'langkah Sheraton 2.0', minggu lepas bila ada undian kita kalah di Parlimen.

Iklan

"Jadi pembangkang tak ada kekuatan seperti yang ditakut-takutkan oleh PMX (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)," katanya ketika menjadi tetamu jemputan dalam siaran podcast 'Keluar Sekejap' pada Jumaat.

Pada Sidang Parlimen minggu lalu, cubaan pembangkang untuk menggagalkan usul supaya persidangan ditangguhkan seperti yang dicadangkan kerajaan, tidak kesampaian, apabila undi belah bahagian tidak berpihak kepada mereka.

Iklan

Berdasarkan undian, seramai 83 Ahli Parlimen bersetuju dengan usul berkenaan, manakala 52 lagi tidak bersetuju, seorang tidak mengundi dan 86 tidak hadir.

Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) sebelum itu memohon supaya undi belah bahagian dibuat selepas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Ugak Anak Kumbong mencadangkan supaya persidangan pada hari tersebut tidak akan ditangguhkan sehingga RUU Tenaga Boleh Baharu (Pindaan) 2023 dan RUU Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Pindaan) 2023 selesai dibahas serta diputuskan.