Julian Assange dipenjara 50 minggu langgar Akta Perlindungan Suaka

Iklan
Assange

LONDON - BRITAIN. [DIKEMASKINI] Pengasas laman pembocor maklumat Julian Assange hari ini dijatuhkan hukuman penjara 50 minggu kerana melanggar Akta Perlindungan Suaka yang diberikan sebuah mahkamah di Britain tujuh tahun lalu.

Pelanggaran itu dibuat ketika Assange, 47, mendapatkan perlindungan di Kedutaan London di Ecuador untuk mengelakkan diekstradisi ke Sweden atas tuduhan serangan seksual yang dinafikan olehnya sebelum ini.

Iklan
Iklan

Dalam surat bagi pihaknya yang dibaca di Mahkamah Southwark Crown, rakyat Australia itu berkata, dia bergelut dengan situasi yang sukar dan turut memohon maaf kepada pihak yang menganggap dirinya tidak menghormati mereka.

"Saya lakukan perkara yang saya fikir pada masa itu adalah terbaik atau mungkin satu-satunya perkara yang saya boleh lakukan," ujarnya lagi.

Iklan

Menurut mahkamah, suaka yang diberikan kepadanya telah menyebabkan pembayar cukai di Britain terpaksa menanggung kos 16 juta pound (RM65.2 juta).

Assange kini menghadapi pertuduhan persekutuan AS berkaitan salah satu kebocoran terbesar rahsia kerajaan.

Iklan

Britain akan membuat keputusan sama ada mahu menghantarnya ke AS sebagai respons terhadap dakwaan bahawa dia berkomplot dengan penganalisis risikan As, Chelsea Manning untuk memuat turun pangkalan data sulit.

Jika disabit bersalah, dia bakal dihukum penjara lima tahun.

Sejak 2006, WikiLeaks telah membocorkan ribuan dokumen rahsia meliputi pelbagai isu termasuk industri filem, keselamatan negara dan perang. - Agensi