Pelakon Pirates Of Caribbean dan Men In Black meninggal dunia

Iklan
Sergio Calderon (kiri) dan Johnny Depp semasa berlakon filem Pirates Of Caribbean: At World's End pada 2017. - Agensi

NEW YORK - Pelakon filem Pirates Of Caribbean dan Men In Black yang telah berkecimpung dalam filem dan televisyen selama enam dekad, meninggal dunia.

Sergio Calderon meninggal dunia di usia 77 tahun akibat sakit tua.

Iklan
Iklan

Jurucakapnya mengesahkan berita itu berkata, Calderon meninggal dunia pada Rabu di hospital di Los Angeles.

Calderon meninggalkan isterinya, Karen Dakin dan anak Patrick Calderon serta Johanna Calderon-Dakin.

Iklan

Pelakon berasal dari Mexico terkenal kerana wataknya 'kepala diletakkan atas kayu' yang dipegang makhluk asing semasa membintangi filem Men In Black pada tahun 1997.

Calderon juga memainkan watak raja lanun Sepanyol iaitu Kapten Vallenueva dalam filem Pirate Of Caribbean 3: At World's End bersama Johnny Depp. - Agensi

Iklan