'Bakul Kasih Ramadhan' bantu golongan susah

Iklan
Majlis pelancarangan program 'Bakul Kasih Ramadhan' di Pasaraya Mydin MITC, Ayer Keroh di sini.

MELAKA - Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Melaka Tengah menyasarkan sekurang-kurangnya 20 keluarga dapat dibantu menerusi program 'Bakul Kasih Ramadhan' yang diadakan tahun ini.

Program dengan kerjasama Pasaraya Mydin, Yayasan Ikhlas dan Baku Kasih Ramadhan itu menjalankan kutipan sumbangan berbentuk barangan keperluan untuk disumbangkan kepada keluarga memerlukan menjelang kedatangan Ramadan.

Iklan
Iklan

Yang Dipertua ISMA Melaka, Mohd Khoushaini Mohd Naim berkata, sumbangan bertujuan untuk membantu meringankan beban ditanggung mereka di samping menyuntik semangat untuk menikmati Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang.

Menurutnya, program yang memasuki tahun kelima penganjuran ini buat julung kalinya mendapat kerjasama dari Pasaraya Mydin.

Iklan

"Menerusi program ini, orang ramai dialu-alukan menghulurkan sumbangan berbentuk beras, gula, susu, tepung, kordial dan wang tunai.

"Kesemua sumbangan ini kemudiannya akan disalurkan kepada keluarga memerlukan yang dipilih menerusi masjid-masjid berhampiran atau yang dicadangkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya pada sidang akhbar sempena Pesta Ambang Ramadhan 1440H di Pasaraya Mydin MITC di sini, hari ini.

Iklan
Sebahagian bakul yang berisi sumbangan orang ramai di dalam 'Bakul Kasih Ramadhan' yang diadakan di Pasaraya Mydin MITC, Ayer Keroh di sini.

Sementara itu, Pengarah Program Pesta Ambang Ramadhan, Syed Mohd Aizuddin Tuan Sembak berkata, selain sumbangan barangan bernilai RM100, setiap keluarga juga akan memperolehi sumbangan wang tunai RM100.

"Sebagai menghangatkan lagi suasana Ramadan kali ini, ISMA turut mengedarkan sebanyak 2,000 jadual berbuka puasa percuma.

"Selain itu, kami turut mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma, persembahan nasyid, kompang, demo memasak, klinik Al-Fatihah di samping menganjurkan pertandingan sepak raga bulatan, bilal muda dan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak," katanya.

Tambahnya, selain di Pasaraya Mydin, orang ramai juga masih berkesempatan menghulurkan sumbangan dengan menyalurkannya di Pusat Komuniti ISMA Melaka Tengah di Pusat Niaga Gangsa, Durian Tunggal, Melaka atau hubungi talian 019-2233870.